MY FOLLOWERS

Saturday, June 30, 2012

Artikel - Mesej Di Sebalik Poster 'Deserve To Die'

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum......



Sebuah poster bersifat provokatif kini telah banyak ditampal di sekitar bandar New Orleans, New York, Chicago dan Seattle. Poster ini berkaitan kesedaran masyarakat terhadap penyakit berbahaya yang membawa kepada kematian. Poster ini juga disifatkan bertentangan dengan sebuah laman web NoOneDeservesToDie.org.

Memetik statistik terkini daripada Pusat Kawalan Penyakit (Center for Disease Control - CDC), 158,592 penghidap kanser peparu mati di Amerika Syarikat pada 2008. Walaubagaimana pun, berita televisyen tempatan di Seattle dan Chicago melaporkan sebahagian daripada poster berkenaan telah ditanggalkan oleh penduduk yang keliru dan marah. Ada yang turut menyifatkan mesejnya sebagai agak melampau atau ditampal oleh mereka-mereka yang tidak waras.


KLIK SINI untuk bacaan lanjut.

Hiburan - The Bat: Pesawat Batman Dalam TDKR

Kredit kepada: Fooyoh
Gambar ihsan: Fooyoh


Assalamualaikum........
 
Filem The Dark Knight Rises merupakan bahagian trilogi adiwira ini arahan Christopher Nolan. Konsep seni bagi kenderaan ini datangnya dari buku The Dark Knight Manual: Tools, Weapons, Vehicles; Documents From The Batcave oleh Brandon T. Snider.



Buku manual ini turut mendedahkan senjata, gajet, keupayaan tali pinggang utiliti dan segala kelengkapan berteknologi tinggi yang menjadikan Bruce Wayne pelindung terhebat bandaraya Gotham.

KLIK SINI untuk bacaan selanjutnya.

Friday, June 29, 2012

Artikel - Jangan Bersentuhan Antara Bukan Mahram Kerana .....

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum...



Pada lelaki dan perempuan yang naif di luar sana, inilah alasan dan sebab mengapa anda tidak boleh bersentuhan dengan bukan mahram atau pasangan pakwe/makwe masing-masing di luar sana... Lihat tanda merah dalam gambar di atas.

Kajian menunjukkan bahagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi di kawasan tersebut. Jadi berpegangan tangan membuatkan jantung seorang perempuan berdegup kencang kerana cinta dan kasih sayang. Sedangkan lelaki berdegup di bahagian otak dan kemaluan kerana nafsu semata-mata...

Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 dan 487)


Benarlah Hadis Nabi bersabda:

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Di dalam surah An-Nur, surah yang ke 24, ayat yang ke 30 Allah memberitahu,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

KLIK SINI untuk rujukan berkaitan.

Artikel - Tempat-tempat Berhenti

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum...


Thursday, June 28, 2012

Hidupan Liar - Jenis-jenis Penguin

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Syok.org


Assalamualaikum....

Tahukah anda jenis-jenis penguin di dunia?



















Sumber asal.

Hiburan - Tapiroo Galah Panjang: Tapir vs Orang Utan

Kredit kepada: myMetro
Gambar ihsan: Gadget Planet, Owned



Assalamualaikum.......

Promosi di My Gadget Planet
Sejak memasuki zaman siber ini, generasi muda seakan sudah mula lupa dengan permainan tradisional seperti ini. Malangnya ada sesetengahnya tidak tahu langsung dengan permainan tersebut sekali pun disebut namanya. Dahulunya, di zaman penulis masih budak sekitar tahun 90-an, permainan galah panjang ini masih dimainkan di waktu petang sama ada di padang atau di atas jalan di hadapan rumah sewaktu tiada kenderaan melaluinya.

Kini sebuah syarikat tempatan mengambil inisiatif menghasilkan permainan video ini, satu usaha yang harus dipuji kerana cuba menghasilkan permainan ini dalam versi moden. Bukan sekadar hiburan tetapi juga turut mengangkat semula permainan ini agar tidak terus dilupakan. Dengan nafas baru yang diberikan menerusi teknologi moden ini, permainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Produk permainan video terbaru keluaran tempatan ini sudah boleh dimuat turun dan dimainkan di platform Apple. 


Ulasan dalam Harian Metro 20 Jun 2012

Permainan ini menampilkan dua spesis haiwan yang sinonim dengan negara ini iaitu tapir dan orang utan.

Dalam permainan ini, tugas pemain adalah membantu orang utan menghalang tapir daripada melepasi garisan penamat. 

Perlu diingat, sebagaimana permainan video lain, setiap kali apabila naik ke peringkat seterusnya, permainan akan menjadi bertambah sukar. Begitu juga dengan permainan ini. Semakin tinggi peringkat permainan, maka akan semakin sukar juga tapir ditewaskan. Jadi gunakan kelebihan orang utan secara bijaksana bagi menewaskan si tapir!


KLIK SINI dan SINI untuk artikel penuh.

Sekadar Luahan - Jangan Sibuk Dengan Rahsia Orang! Stay Out Of My Nerves!!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Youtube


Assalamualaikum....


Apa perasaan anda bila ada pasangan atau setidak-tidaknya sesetengah kawan yang terlalu suka masuk campur kehidupan peribadi anda? Geram? Sakit hati? 

Kalau ditanya pada saya, jawapannya saya akan rasa serabut lebih-leibh lagi kalau sudah berlarutan. Bak kata orang - you really get into my nerves laa!!

Saya bukanlah seorang yang sempurna dalam semua segi, jauh sekali seperti malaikat. Sesetengah orang mahukan orang yang hampir seperti itu sebagai pasangan walhal secara realitinya tidak akan pernah ada yang seperti itu sehingga hari kiamat. Saya biasa dengar rungutan seperti ini daripada lelaki apabila diberitahu ciri-ciri lelaki yang perempuan mahu. Bagi saya, jika anda buat sesuatu adalah terpulang pada anda mahu putuskannya - pilihan di tangan anda. Maksud saya, di usia dewasa sebegini, baik buruk sesuatu perkara itu sudah banyak dipelajari sejak dari zaman beruniform sekolah sehinggalah ke kuliah-kuliah agama di surau-surau. Bukanlah berkaitan mahu kahwin lebih atau seumpamanya yang saya maksudkan secara terperinci di sini, saya cuma sentuh berkaitan sikap secara umum. Pandai-pandailah bawa diri, tidak perlulah terlalu suka menyibuk sangat dalam urusan peribadi orang lain.

Orang selalu kata perempuan lebih banyak simpan rahsia dalam hatinya sampaikan hati kata lain, mulut pula kata lain. Susah mahu luahkan yang 'sebijik-sebijik' macam dalam hati. Maknanya kalau mulut jawab A kita sebagai lelaki seharusnya sudah boleh hidu mungkin dalam hatinya kata B. Tidak terhad kepada yang masih bujang sahaja, bila sudah kahwin pun semacam itu juga. Kalau sudah perempuan, perempuan jugalah namanya!

Bagaimana dengan lelaki? Bagi saya, lelaki menyimpan rahsia adalah satu perkara yang besar, ibarat menyimpan mohor besar raja-raja. Lebih banyak rahsia dan lebih banyak strategi untuk menyimpannya bagi memastikan seboleh-bolehnya rahsia tidak akan bocor. Ibaratnya kalau boleh bawa sampai ke mati. Kalau boleh tidak akan dibocor sampai bila-bila. Kiranya sepanjang hayatnya, bermacamlah rahsia disimpan. Justeru, siapa yang tahu? Mungkin di kalangan segelintir yang rapat sahaja terutama yang sekepala dengannya. Kalau perempuan biasanya akan berkongsi dengan kawan-kawan rapat siap dengan emosi, lelaki pula sebaliknya. Sedikit emosi, selebihnya perkara itu bersifat teknikal, menyeluruh, penuh strategi.

Seperkara lagi, orang lelaki fikirannya tidak terlalu complicated sekali pun banyak yang perlu diuruskan dan difikirkan. Bukankah lelaki pada fitrahnya dikurniakan akal panjang? Nisbah akal: nafsu = 9:1.. Sebab itu ada sesetengah kes yang saya peroleh daripada pengalaman, contohnya bila sang suami sudah meninggal, barulah terbongkar itu ini seperti sejumlah harta, yang selama hidupnya disimpan kemas. 

Dalam perihal dosa pahala pun lebih kurang begitulah. Bukan senang mahu korek rahsia daripada lelaki. Contoh, cubalah lihat dalam majalah atau akhbar, sekali pun cerita dibuka tetapi muka dan nama akan ditutup. Memanglah untuk memberi pengajaran sekaligus menutup aib si pencerita. Namun fikirkan, tiada siapa pun akan tahu kalau-kalau yang memberikan bahan cerita itu ialah adik-beradik sendiri atau si pasangan anda jika si lelaki berkenaan berikan bahan secara senyap-senyap!

Dalam banyak hal penuh kerahsiaan, lelaki tidak begitu suka orang terlalu masuk campur dalam urusannya. Jika ada yang cuba mengoreknya lebih-lebih lagi jika rahsia yang disifatkan sensitif dan get into nerves, maka akan bermacamlah strategi akan keluar untuk memastikan rahsia kekal tertutup kemas. Yang cuba mengorek rahsia juga akan datang dengan bermacam strategi untuk dapatkannya. Setiap orang, lain rahsianya. Bagi yang mahu menyimpan rahsia, kenalah pandai menghidu bila datangnya ancaman. 

Cuma jangan beritahu sesiapa apa dan bagaimana anda lakukannya.. hehehe

Why everybody so petrified?! Drop that! Come on!!


P/S: Menulis sambil mendengar lagu Petrified oleh Fort Minor

Wednesday, June 27, 2012

Jalan-jalan Cari Makan - RFC Kini Bakal Membuka 5 Lagi Cawangan Baru

Kredit kepada: myMetro
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum........

Sebelum ini penulis ada mengulas mengenai pembukaan cawangan restoran Radix Fried Chicken (RFC) ini di Kuala Terengganu. Anda boleh membacanya DI SINI dan DI SINI



Buat masa sekarang, RFC sudah mempunyai beberapa cawangan di Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan dan Perak. Kini ia bakal berkembang dengan pembukaan lima lagi cawangannya dalam tahun ini. Ini adalah sebagaimana yang dilaporkan dalam Harian Metro 18 Jun 2012. RFC juga berhasrat mengukuhkan pasarannya di sekitar Lembah Klang dengan membuka cawangan baru selain akan menyediakan trak bagi memasarkan menu RFC secara mudah alih di kawasan berkenaan dalam tahun ini.

Timbalan Pengurus Besar RFC, Ramlee Alang Ismail turut menyatakan RFC bersiap sedia menawarkan perniagaan francais kepada usahawan yang berminat dan ia dijangka dapat dilaksanakan dalam tahun ini.

Berita berkenaan RFC edisi 26 Jun 2012 - KLIK SINI untuk bacaan selanjutnya.

Petua - Minum Air Asam Jawa

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


Jika anda mengalami masalah berat badan, anda boleh cuba minum air asam jawa sebagai minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam segelas air dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Jadikannya sebagai minuman selepas makan tengahari dan makan malam. Amalkannya setiap hari, anda akan dapati tubuh anda bertambah langsing dan segar.

Wordless Wednesday - Soup :-)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum....


:-)

Berita - Terengganu City Night Games 6/2012

Kredit kepada: SKA, AJK, semua yang terlibat.
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum....

Acara Terengganu City Night Games Edisi 6/2012 telah diadakan pada 16.6.2012 di Pusat Latihan Karate-do MSNT di Kompleks Tenis Padang Hiliran, Kuala Terengganu. Lokasi ini juga adalah lokasi sama acara ini diadakan pada bulan Mac yang lalu. Berbanding edisi yang lalu, acara kali ini hanya dapat bertumpu pada yang berumur bawah 15 tahun berikutan menerima makluman daripada pihak MSNT pada saat akhir. Acara yang dipertandingkan adalah kata individu dan kumite, kesemuanya bagi kategori lelaki dan perempuan. 


Antara yang sempat dirakamkan.

Acara kumite perempuan.

Barisan AJK dan pengadil.

Dari kiri: Wani, Sharifuzi, Nadeera, Azryn, Harry

Azuwan dan Harry membantu peserta bagi acara kumite


Acara bermula sekitar 8.30 pagi dengan acara kata sebelum disusuli dengan acara kumite. Pengadil adalah terdiri daripada jurulatih karate-do SKA Terengganu dan para petugas adalah daripada kalangan ahli-ahli senior. Hadiah disampaikan dalam bentuk wang tunai dan disampaikan oleh AJK yang terlibat.

KLIK SINI untuk membaca edisi terdahulu Terengganu Karate City Night Games 3/2012.

Tuesday, June 26, 2012

Artikel - Belajar Bahasa Sambil Shopping :-)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum......

Hari ini saya dapat belajar beberapa perkataan Jepun untuk binatang dan makanannya.



Baru tahu :-)

Hiburan - Lie To Me

Kredit kepada: Wikipedia
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum....

 
Lie to Me ialah satu siri asal yang disiarkan di saluran Fox dari 21 Januari 2009 hingga 31 Januari 2011. Kisah yang bertumpu pada Dr. Cal Lightman (Tim Roth) dan rakan sejawatnya di The Lightman Group yang ditugaskan daripada pihak ketiga yang kebiasaannya daripada warga tempatan dan pihak penguatkuasaan undang-undang bagi membantu dalam siasatan, mencari kebenaran menerusi analisis psikologi, menterjemah ekspresi mikro, menerusi satu sistem ekspresi wajah dan bahasa tubuh.

Pada Mei 2009, siri ini diperbaharui untuk musim kedua sebanyak 13 episod, yang mula disiarkan pada 28 September 2009. Pada 24 November 2009, Fox meminta 9 lagi episod ditambah dan menjadikannya 22 episod. Pada 12 Mei 2010, Entertainment Weekly melaporkan siri ini Lie to Me menerima 13 episod untuk musim ketiga yang sepatutnya disiarkan pada 10 November 2010. Walaubagaimana pun, siri ini dibatalkan oleh Fox pada 10 May 2011.


Plot

Siri ini dikembangkan berdasarkan penemuan saintifik sebenar oleh Paul Ekman. Siri ini mengisahkan Lightman dan pasukannya terdiri daripada pakar dalam penipuan yang membantu pihak penguatkuasa undang-undang dan agensi kerajaan bagi mendedahkan kebenaran di sebalik penipuan.

Siri ini dimulakan dengan Cal dan Gillian mengambil staf baru: pegawai TSA Ria Torres, yang telah lulus cemerlang dalam satu ujian diagnostik mengesan penipuan, dan dilabelkan sebagai "natural" dalam mengesan penipuan. Bakatnya dalam bidang ini bertentangan dengan pendekatan secara akademik yang digunakan Cal.

Dr. Lightman mendapat motivasi untuk mengkaji ekspresi mikro ekoran rasa bersalah selepas peristiwa ibunya membunuh diri. Ibunya dikatakan sihat dalam usaha bagi mendapatkan pelepasan cuti mingguan dari wad psikiatri, yang sebenarnya mengalami penderitaan (selari dengan kebanyakan anekdot Paul Ekman dalam bukunya "Telling Lies").

Dalam beberapa episod awal siri ini, Lightman bekerjasama dengan Torres menyelesaikan kes manakala Foster dan Loker dalam kes yang lain. Dalam beberapa kes lain mereka akan turut membantu. Sepanjang musim pertama, kes yang dikendalikan semakin rumit dan kesemua empat pegawainya akan melibatkan diri dalam satu kes.

Bagi mengesan penipuan subjek yang disoalsiat, Lightman dan pasukannya menggunakan pelbagai taktik temuramah dan soalsiasat bagi mendapatkan maklumat berguna. Tanpa unsur paksaan, mereka menyoal secara berhati-hati, kenyataan provokatif, dan sedikit penipuan.

Dibintangi Tim Roth, Kelli Williams, Brendan Hines, Monica Raymund, Hayley McFarland dan Mekhi Phifer.


KLIK SINI untuk bacaan selanjutnya. 

Petua - Bila Terasa Ingin Makan Snek

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


Bila anda terasa seperti ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa pudina atau mint dalam mulut sedikit sebanyak membantu membantutkan selera anda.

Friday, June 22, 2012

Paranormal - Nak Tumpang.... Ke Nak Penumbuk?!!

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....



Sebagaimana disampaikan dalam tulisan penulis asalnya.

Saya ada seorang kawan berstatus ibu tunggal. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang ketika itu berumur sekitar 3-4 tahun dan sudah mula petah bercakap.

Pada satu hari, dia ceritakan pada saya anaknya demam sehingga seminggu dua tetapi masih belum. Bila malam, dia meracau-racau dan menangis seperti ada sesuatu yang kacau dia sewaktu tidurnya. Jadi dia minta tolong pada saya untuk temankan dia balik ke kampung di Perak untuk bawa anaknya berubat secara tradisional. Selalunya dia tiada masalah untuk balik sendiri, namun sejak anaknya demam dan asyik melekat sahaja bersamanya, mesti susah untuk pandu kereta. Jadi saya pula yang jadi pemandunya. Kami merancang bertolak pada Sabtu pagi dan tidur di rumah ibunya. Seterusnya pagi Ahad akan bawa anaknya berjumpa ustaz dan tengaharinya pulang semula ke KL. 

Pada hari Sabtu sebelum bertolak, saya tinggalkan kereta di rumahnya dan pandu keretanya ke Perak. Kami pandu ikut jalan lama dan bertolak sekitar tengahari sebab anaknya meragam dan kami tiba di rumahnya sekitar petang. Sepanjang perjalanan ketika itu musim pilihanraya, maka banyaklah pondok diwujudkan dan bendera tergantung di sana sini.

Sekitar maghrib, sedang berehat-rehat, saya terima panggilan daripada ayah memberitahu ibu dimasukkan ke hospital sebab asma yang agak teruk. Setelah berbincang dengan kawan saya ini, kami buat keputusan untuk pulang pada malam itu juga. Jadi, selepas isyak, kami terus bergerak ke rumah ustaz itu dan semuanya selesai sekitar jam 12 malam. Kami terus berkemas dan terus pulang dan saya masih menjadi pemandunya.

Kami masih menggunakan jalan lama seperti waktu kami datang. Dalam kereta, kawan saya duduk di depan dan saya di tempat duduk belakang. Sedang kami seronok berborak, tiba-tiba anaknya sembulkan muka di tengah antara kerusi depan.

"Mama, cian kakak tu kan?" kata anaknya, "kakak sape sayang?" tanya kawan saya ini.

"tuuuuuuuuuuuuuuuuuu............... dia tunggu bas ye mama" sambil tangan anak dia tunjuk ke depan.. Saya pun pandang apa yang ditunjukkan.


Dalam keadaan gelap dan samar-samar itu saya nampak apa yang ditunjukkan oleh anaknya - rambut panjang, baju putih sambil duduk. Menggigil terus dibuatnya! Apalagi, si pemandu pun terus tekan minyak dan pandu selaju boleh!

Kawan saya pun terus ambil anaknya dan disuruh tidur. Kami terdiam sediam-diamnya. Mata saya terus pandang ke depan, fokus memandu tanpa toleh ke kiri kanan lagi. Dalam hati marah juga, "Apsal la si kecik ni gi tegur.. nasib baik la kecik... kalau kawan-kawan aku, dah lamer dah makan penumbuk!!"

Tiba-tiba anaknya bersuara lagi, "mama.... kakak ni nak tumpang... "

Kawan saya terus pusing ke belakang, capai anaknya dan terus peluk kuat-kuat.. Dia tekap anaknya ke dada dan azan sekuat-kuatnya. Dari ekor mata, nampaklah apa yang ditunjukkan anaknya tadi terbang bersebelahan kereta tepi tingkap belakang! Saya pula terus pandu 120 km/j. Tanpa fikir apa-apa. Lubang jalan pun diredah terus. Dalam 10 minit kemudian, baru lepas.

Ikutkan rancangan, kawan saya ini akan hantarkan saya terus ke rumah dan dia pulang bersama anaknya tetapi selepas apa yang terjadi waktu itu, kami terus tukar rancangan. Pukul 3 pagi saya terus telefon adik saya dan suruh dia bangun dan temankan kami pula untuk ke rumah kawan saya untuk ambil kereta.

Sehingga sekarang saya masih serik untuk pandu pada waktu malam.

KLIK SINI untuk ke sumber.

Sumber lain.

Petua - Minum Air Limau Nipis

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum... 


Jika anda mengalami berat badan berlebihan, cubalah minum air limau nipis. Caranya ialah sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Setelah itu, perah airnya ke dalam gelas yang berisi air sejuk dan masukkannya dalam peti sejuk. Anda boleh jadikannya air minuman setiap kali selepas makan tengahari dan makan malam. Cara ini juga boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan.

Artikel - Pengajaran di Malam Tahun Baru

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....

Kisah bagaimana sekumpulan tentera yang bersikap melampaui batas sewaktu menyambut tahun baru..



Sampai di masjid, seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris. Biasalah di negara orang putih, guna bahasa Inggeris.

Menjelang tahun baru 2011, maka penceramah menyentuh isu tahun baru. Beliau memperingatkan jemaah solat Jumaat yang hadir supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah kerana menyambut tahun baru.

Penceramah mengambil kisah Nabi Daud dan kisah azab Allah ke atas bani Israel yang melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu. Penulis tidak akan menceritakan kisah azab Allah ke atas bani Israel sebab ramai yang tahu kisah ini. Penulis akan ceritakan kembali kisah benar yang diceritakan oleh penceramah sebelum beliau menutup ceramahnya.

Penceramah berkata, seorang komando tentera Turki beragama Islam memceritakan kepadanya satu peristiwa yang dialami pada tahun 1999 semasa malam menyambut tahun baru.

Pada masa itu, mereka berada di suatu tempat untuk latihan ketenteraan. Pada malam berkenaan, seorang jeneral beragama Islam telah membawa penari perempuan untuk membuat persembahan kepada tentera yang membuat latihan sebagai hiburan menyambut tahun baru. Terdapat tentera Islam termasuk komando berkenaan tidak bersetuju dengan tindakan jeneral berkenaan dan memberi amaran tentang azab Allah. Komando berkenaan berkata kepada jeneral berkenaan lebih baik mati menentang Israel daripada mati ditimpa azab Allah kerana melakukan perkara maksiat.

Jeneral berkenaan angkuh memandangkan beliau adalah ketua dan berkuasa. Beliau mempersendakan tentera Islam yang membantah malah lebih teruk lagi beliau telah mengambil al-Quran lalu meletakkannya di atas lantai. Jeneral itu kemudiannya, menyuruh penari perempuan menari di atas al-Quran berkenaan. Semasa penari berkenaan memijak dan menari di atas al Quran, komando itu menyatakan terasa ketakutan yang amat sangat akan berlaku azab Allah di kalangan tentera yang membantah.

Perasaan takut itu menyebabkan mereka melarikan diri dari tempat berkenaan. Semasa mereka melarikan diri terdengar satu letupan yang amat kuat dari tempat maksiat berkenaan.

Apabila memandang ke tempat berkenaan, sungguh mengejutkan mereka tempat itu sudah tenggelam ke bawah dan membentuk kawasan seperti kolam. Seramai 37 orang telah lenyap dan tenggelam dalam sekelip mata.

Tidak lama selepas kejadian, pasukan tentera penyelam telah datang untuk mengambil mayat di dalam kolam berkenaan. Amat mengejutkan lagi, apabila pasukan penyelam berkenaan menceritakan semasa mereka menyelam ke dalam kolam berkenaan. Kesemua mayat berkenaan sudah bertukar wajah menjadi wajah monyet dan babi.

Inilah yang kisah benar yang diceritakan penceramah berkenaan. Cumanya, beliau tidak memberitahu di manakah tempat berkenaan. Anggaplah kisah benar ini sebagai peringatan kepada kita umat Islam supaya tidak melakukan perkara yang dilarang Allah, perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. 

Thursday, June 21, 2012

Artikel - Tempat Parking Hampehh!!!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum....

Ingatkan yang letak kenderaan sahaja yang kena bayar! Puuiihh!!



Kalau macam ini, baik cari parkir lain selepas ini... hampehh sungguh rasanya!

Petua - Rebus, Panggang atau Kukus Makanan

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.... 


Cara memasak makanan yang terbaik untuk mengurangkan sejumlah kalori dalam makanan adalah dengan merebus, memanggang atau mengukus. Bagi sayur-sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

Hiburan - Siri Dexter

Kredit kepada: Wikipedia
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....




Dexter ialah drama bersiri Amerika yang disiarkan menerusi slot Showtime mulai 1 Oktober 2006. Musim keenam siri ini disiarkan pada 2 Oktober 2011. Siri ini berkisarkan kehidupan Dexter Morgan (Michael C. Hall) yang bekerja sebagai penganalisis corak percikan darah di Jabatan Polis Metro Miami pada waktu siang dan menjadi pembunuh bersiri pada sebelah malam. Musim pertama siri ini lebih banyak diambil daripada novel pertama dalam siri novel Dexter tulisannya, Darkly Dreaming Dexter oleh Jeff Lindsay. Episod-episod seterusnya telah dikembangkan berdasarkan tulisan penulis novelnya dan diadaptasi ke versi televisyen oleh penulis lakon layar James Manor Jr. yang juga menulis episod pertama.

Siri ini mendapat pujian dan populariti yang begitu meluas. Musim keempat menyiarkan episod akhirnya pada 13 Disember 2009 dengan jumlah penonton 2.6 juta, menjadikannya siri paling banyak ditonton di Showtime. Michael C. Hall telah menerima beberapa anugerah dan pencalonan hasil lakonannya sebagai Dexter, termasuk Golden Globe. Pada 18 November 2011, siri ini telah dilanjutkan untuk dua musim lagi. Musim ketujuh bakal disiarkan pada bulan September 2012 ini.


Plot

Dexter tinggal di rumah anak yatim selepas ibunya dibunuh dan kemudiannya diambil sebagai anak angkat kepada pegawai polis Harry Morgan dan isterinya, Doris. Selepas mendapati Dexter membunuh banyak haiwan peliharaan di kawasan kejiranannya selama beberapa tahun, Harry memberitahunya yang dia percaya sifat pembunuhnya muncul pada usia sangat awal dan sedar sifat itu akan terus berkembang dalam dirinya. Bagi mengelakkan Dexter membunuh orang yang tidak bersalah, Harry mula mengajarnya "The Code". Dalam kod ini mangsa Dexter adalah di kalangan pembunuh itu sendiri yang telah membunuh secara tidak adil dan akan melakukannya lagi jika tidak disekat. Dexter perlu melakukan tugas ini tanpa ditangkap. Dexter turut diajar oleh Harry kaedah memalsukan sikap manusia, menutup jejaknya selepas membunuh, serta menangkap si pembunuh. 

Dexter mengikuti The Code bagi memuaskan "Dark Passenger" dalam dirinya. Seperti juga pembunuh bersiri lain, Dexter juga menyimpan 'trofi' pengenalan mangsanya. Sebelum membunuh mangsanya, Dexter akan mengambil sampel darah mangsa untuk disimpan dalam slaid yang diletakkan dalam bekas disembunyikan dalam penyaman udara di rumahnya. 

Pada permulaan siri,  Dexter percaya yang dia tiada emosi dan perlu terus bekerja untuk kelihatan normal dan menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling. Pada awalnya Dexter berjaya memalsukan emosi manusia dan mengekalkan penampilannya sebagai kawan dan jiran termasuklah kepada kakaknya Debra dan Rita, jirannya yang masih trauma akibat penderaan bekas suaminya. Walaubagaimanapun, kesemua hubungan yang terjalin ini merumitkan lagi kehidupan dua halanya dan membuatkannya mula mempersoalkan keperluannya untuk membunuh. 

Dibintangi Michael C. Hall, Jennifer Carpenter, Desmond Harrington, C.S. Lee, Lauren Vélez, David Zayas, James Remar, Julie Benz dan Erik King.


    KLIK SINI untuk bacaan lanjut.

    Wednesday, June 20, 2012

    Artikel - Ribut Taufan Dari Pandangan Berbeza

    Kredit kepada: Yahoo News
    Gambar ihsan: Yahoo News



    Assalamualaikum....

    Skuadron Simpanan Tentera Udara yang berpengkalan di Biloxi, Missisippi telah melakukan penerbangan ke kawasan ribut taufan dalam rancangan "Hurricane Hunters" yang disiarkan menerusi The Weather Channel. Penerbangan ini dilakukan bagi lebih memahami dan mengumpul data meteorologi yang hanya boleh diperolehi apabila berada di bahagian pusat ribut. Maklumat yang diperolehi bakal membantu perkhidmatan kaji cuaca dalam meramalkan laluan ribut dan memberi amaran kepada bandar-bandar.

    WC-130J Hercules - pesawat dengan kelengkapan khas yang diterbangkan oleh kru Hurricane Hunters ke kawasan ribut. Di bahagian pusat ribut atau pusaran ialah bahagian yang paling tebal. Keadaannya adalah seperti dinding keras terbentuk daripada air.Untuk memasukinya, pesawat ini dilengkapi kipas berperisai yang mampu memusarkan air seperti kipas bot.


    Pemandangan dari bahagian atas Ribut Tropika Lee ketika melakukan penerbangan di atas Teluk Mexico pada 2011.


    Pemandangan dari dalam Taufan Ivan pada 2004. Penerbangan diulangi beberapa kali bagi mengumpul data kekuatan dan laluan ribut ini yang membantu memberi amaran kepada penduduk di Carribean dan kawasan tenggara Amerika. Taufan dari kategori 5 ini adalah sebesar Texas di bahagian puncaknya. Menghasilkan 119 puting beliung sekitar timur Amerika Syarikat.


    Pemadangan dari Taufan Earl yang diambil oleh kru pada 2010. Taufan ini adalah dari kategori 4.


    Pesawat dan kru rancangan Hurricane Hunters sewaktu di landasan penerbangan di pengkalan Tentera Udara Keeslar di Biloxi, Missisippi. Disambar kilat adalah antara bahaya dalam pekerjaan ini apabila melakukan penerbangan ke kawasan ribut.


    Pemandangan dari pusat Taufan Katrina.


    Pemandangan dari bahagian atas pusat taufan sebelah dalam taufan Jangmi, di luar pantai Taiwan pada 2008 sebelum bertemu daratan. Kru penerbangan turut melaksanakan misi menyelamat di Pasifik bagi mengumpul data kekuatan taufan dan memberi amaran kepada penduduk setempat yang ditemui.


    Kru Hurricane Hunters melakukan penerbangan terus-menerus melalui Taufan Katrina dalam laluan berbeza.


    KLIK SINI untuk artikel penuh.