Kredit kepada: Wikipedia
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum.....
Terminator: The Sarah Connor Chronicles (juga disingkatkan Terminator: TSCC atau TSCC) ialah sebuah siri tv sains fiksyen ciptaan Josh Friedman dan disiarkan di saluran Fox. Siri ini dihasilkan oleh 20th Century Fox Television, Warner Bros. Television dan C2 Pictures (C2 Pictures kemudiannya digantikan oleh The Halcyon Company pada musim kedua siri ini). Siri ini adalah spin-off kepada filemnya. Berkisar mengenai kehidupan Sarah dan John Connor, selepas peristiwa dalam Terminator 2: Judgment Day.
Di Malaysia, siri ini bersiaran di 8TV selama dua musim sahaja. Disebabkan sambutan peminatnya, presiden Fox, Kevin Reilly mengumumkan bahawa pihaknya tidak akan memperbaharui siri ini ke musim ketiga. Permulaan siri ini menerima empat daripada lima bintang daripada USA Today dan menyifatkan siri ini sebagai menghiburkan. Pada Mei 2009, siri ini memenangi undian E!Online iaitu "Save One Show" dan mendapat liputan yang positif daripada Wired dan CNN. Sebagai usaha untuk memastikan siri ini terus diputarkan, para peminatnya telah mencipta laman komuniti sokongan di Facebook dan MySpace selain memuatnaik video di Youtube.
Siri ini adalah edaran Sarah Connor Pictures, Bartleby Company, C2 Pictures, The Halcyon Company, Warner Bros. Television dan 20th Century Fox Television.
Plot
Pada akhir Terminator 2: Judgment Day, Sarah Connor, anaknya bersama 800 Series Terminator berjaya memusnahkan T-1000, termasuk lengan dan cip komputer daripada Terminator dalam filem yang pertama. T-800 daripada filem kedua di atas permintaannya sendiri turut dimusnahkan bagi menghapuskan segala teknologi masa depan yang mungkin boleh digunakan bagi mencipta Skynet. Dalam Terminator 3: Rise of the Machines, didedahkan bahawa Sarah mati akibat kanser dan Judgment Day ditangguhkan. Pada permulaan siri ini, T-888 dengan nama Cromartie dihantar semula ke masa Terminator 2: Judgment Day untuk membunuh John. Cameron, sebuah Terminator yang dihantar oleh John dari tahun 2027 untuk melindungi dirinya ke 2007 ketika Sarah dijangka mati. Dengan kematian akibat kanser yang menghantuinya, kini mereka menjadi pelarian dan berdepan dengan realiti kemungkinan banyak lagi musuh dari masa depan akan memburu mereka.
Episod awal mengambil tempat pada tahun 1999 dengan memperkenalkan watak Sarah, anaknya John, dan Cameron, sebuah Terminator perempuan yang diprogram semula bagi melindungi John. Mereka dikejar oleh dua pihak iaitu Terminator, Cromartie, yang dihantar dari masa depan bagi membunuh John serta diburu ejen khas FBI James Ellison,yang percaya bahawa Sarah adalah penjenayah yang tidak siuman. Bagi mengelakkan diri daripada pihak yang sentiasa memburunya, Sarah memutuskan hubungannya dengan seorang paramedik, Charley Dixon. Pada awal siri, Sarah, John, dan Cameron pergi sebentar ke tahun 2007. Ketika itu, Cromartie mengalami kerosakan teruk dalam cubaannya membunuh mereka sebelum itu tetapi kini dalam proses membaiki semula endoskeleton dan tisu buatannya sebelum meneruskan usahanya memburu John pada 2007.
Oleh kerana John mulai bosan dengan pelariannya, Sarah mengambil keputusan secara offensif bagi melawan Skynet. Dunnia pada 2007 yang kompleks menunjukkan Skynet telah pun menghantar Terminator tambahan ke masa kini sebagai usaha untuk terus menyokong kewujudannya. Kumpulan penentang juga telah menghantar askar-askarnya untuk mengganggu usaha Skynet. Sewaktu bertemu dengan komputer catur intuitif yang digelar The Turk yang dipercayai pelopor Skynet, mereka membentuk pakatan dengan Derek Reese, seorang askar penentang dan bapa saudara John. Perkembangan ceritanya menyaksikan mereka bertiga berdepan realiti bahawa mereka akan menemui lebih ramai musuh ketika di masa kini atau dari masa depan, dalam usaha membentuk masa depan kehidupannya sendiri.
Antara pelakon yang terlibat ialah Lena Headey, Thomas Dekker (Heroes, A Nightmare on Elm Street), Summer Glau (Firefly, Serenity, Angel, The Unit, The 4400), Brian Austin Green, Garret Dillahunt, Shirley Manson, Leven Rambin dan Richard T. Jones.
Siri ini turut memenangi anugerah Saturn bagi Pelakon Pembantu Terbaik siri TV, 2007 (Summer Glau) dan dicalonkan bagi beberapa anugerah lain, antaranya:
Saturn Award: Best Actress on Television, 2007 (Lena Headey)
Saturn Award: Best Network Television Series, 2007
Teen Choice Awards: Choice TV Actress: Action Adventure, 2008 (Summer Glau)
Teen Choice Awards: Choice TV Breakout Show, 2008
Teen Choice Awards: Choice TV Breakout Star Female, 2008 (Summer Glau)
Teen Choice Awards: Choice TV Breakout Star Male, 2008 (Thomas Dekker)
Saturn Award: Best Actress on Television, 2007 (Lena Headey)
Saturn Award: Best Network Television Series, 2007
Teen Choice Awards: Choice TV Actress: Action Adventure, 2008 (Summer Glau)
Teen Choice Awards: Choice TV Breakout Show, 2008
Teen Choice Awards: Choice TV Breakout Star Female, 2008 (Summer Glau)
Teen Choice Awards: Choice TV Breakout Star Male, 2008 (Thomas Dekker)
Sumber


No comments:
Post a Comment