MY FOLLOWERS

Monday, May 30, 2011

Artikel - Mengapa Dadu Ada 6 Permukaan?

Gambar ihsan: Yahoo Images, Polyhedral Dice


Assalamualaikum...

Jika kita ingin bandingkan setiap bentuk objek yang ada, tidak kiralah segiempat, segitiga, rombus, bulatan atau poligon, terfikirkah kita akan bentuk yang paling sempurna atau dengan kata lain - ideal?


Sebenarnya tidak banyak bentuk yang sesuai untuk memenuhi keperluan para pemain bagi sesebuah permainan yang melibatkan pergerakan pada petak-petak seperti Monopoly, dam ular, ataupun permainan dalam perjudian (sekadar menyebut beberapa jenis). Jadi, bentuk segiempat sama dipilih dan dijadikan dadu bagi menentukan pergerakan pemain dalam petak permainan yang dimainkan.

Bentuk segiempat sama mempunyai enam permukaan yang sama saiz dan bentuknya, serta mempunyai bucu dan sudut yang sama yang bertemu pada sudut yang sama. Ciri-ciri binaan bentuk segiempat sama ini memberikan kelebihan peluang 'pendaratan' yang sama rata ke atas mana-mana permukaannya ketika sesuatu permainan berlangsung.


Kiraan matematik memudahkan kita untuk bermula, dengan menyediakan set bentuk-bentuk yang dikenali sebagai bentuk Platonik. Bentuk Platonik ialah bentuk yang terdiri daripada permukaan yang rata dengan bentuk dan saiz yang sama, dengan penjuru yang mempunyai jumlah bucu yang sama yang bertemu pada sudut yang sama. Terdapat lima jenis bentuk yang kelihatan sama yang luar biasa dan menarik apabila dilihat iaitu bentuk segi empat, tetrahedron seperti piramid, kiub dengan enam sisi, oktahedron dengan lapan sisi, dodekahedron dengan 12 sisi, ikosahedron dengan 20 sisi. Sebagai tambahan kepada ciri-cirinya, keunikannya, namanya yang agak pelik, kepelbagaian ciri simetrinya menjadikannya permulaan yang baik untuk membuat dadu. 

Selepas dipertimbangkan, didapati bentuk kiub memberikan lebih banyak kelebihan berbanding bentuk Platonik yang lain. Bentuk kiub lebih mudah dibentuk dan dipotong berbanding bentuk-bentuk lain kerana aspek kerataan bagi penjuru dan permukaan segi empatnya boleh disemak. Tidak sebagaimana polihedron yang lain, tiada ruang dibazirkan pada bentuk ini. Bentuk lebih kompleks lebih sukar untuk dibentuk, diputar (ketika bermain) dan tidak diperlukan ketika bermain. Enam atau sebelas (jika dua dadu diputarkan dalam satu permainan) kebarangkalian sudah memadai bagi kebanyakan permainan.

Artikel - Membasuh Cerek Lusuh Menggunakan Minuman Berkarbonat

Credits to: - 
Gambar ihsan: email


Assalamualaikum...

Di sini ditunjukkan caranya. Mudah sahaja. Anda boleh gunakan apa sahaja minuman berkarbonat tidak kiralah apa jenama pun. Contohnya, 7-Up ataupun Coca-cola.


Cerek yang ingin dibasuh

Letakkan cerek berkenaan dalam sebuah bekas yang diisikan dengan air berkarbonat. Untuk lebih mudah, beli sahaja minuman berkenaan dalam pek saiz besar. Biarkan cerek berkenaan direndam selama sehari atau lebih.

Basuh cerek berkenaan dengan air dan pencuci (dishwashing liquid) seperti biasa.


Pautan lain: Membasuh buah anggur menggunakan Colgate

Sunday, May 29, 2011

Hiburan - Sekuel Filem G.I.Joe

Credits to: Yahoo, Majalah Gempak isu # 277 (keluaran 1 Jun 2011)
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....


Filem ini adalah sambungan kepada filemnya yang terdahulu iaitu G.I.Joe: The Rise of Cobra. Pihak produksi yang menghasilkan sambungannya telah mendedahkan tajuk bagi sekuel filem ini - G.I.Joe 2: Cobra Strikes.

Sekuel ini bakal menjalani penggambaran pada 1.8.2011 hingga penghujung November 2011 di New Orleans, Amerika Syarikat.

Filem - Dylan Dog: Dead of Night

Credits to: Youtube, Majalah Gempak isu #277 (keluaran 1 Jun 2011)
Gambar ihsan: Youtube


Assalamualaikum...


Filem ini adalah adaptasi daripada komik karya artis terkenal Itali, Tiziano Scalvi. Komik asalnya telah terjual sebanyak 60 juta unit di seluruh dunia.

Filem bergenre humor seram ini yang mengisahkan mengenai penyiasat paranormal yang terjebak dalam peperangan yang melibatkan 3 kategori makhluk. Sejarah hitam telah menyebabkan Dylan terpaksa kembali menjadi penyiasat paranormal di bandar New Orleans yang dahulunya dijaga dengan aman kini menjadi medan peperangan antara zombi, serigala jadian dan puntianak.

Pada mulanya, Dylan menolak untuk kembali sebagai penyiasat selepas seorang wanita bernama Elizabeth meminta pertolongannya apabila bapanya dibunuh oleh serigala jadian. Namun, Dylan berubah fikiran selepas kawan baiknya sendiri, Marcus dibunuh.


Filem ini dibintangi oleh Brandon Routh, Sam Huntington (kedua-duanya dari Superman Returns), Taye Diggs (siri Private Practice), Peter Stomare, Brian Steele, James Hebert dan jaguh WWE Kurt Angle.

Nantikan kemunculannya di pawagam berdekatan anda mulai 9 Jun 2011 ini.

Thursday, May 26, 2011

Artikel - Kereta Konsep: Lexus LF-Gh Hybrid

Credits to: Yahoo Autos, Blog Serius
Gambar ihsan: Yahoo Autos


Assalamualaikum...










Kereta konsep ( Bhgn I dan Bhgn II)

Artikel - Kereta Konsep II

Credits to: Yahoo Autos, Blog Serius
Gambar ihsan: Yahoo Autos


Assalamualaikum...

Audi A3 E-tron

BMW M5

Mercedes Benz A-Class

Mitsubishi PX iMiev

Subaru XV

Volvo Universe

Lamborghini Aventador


Kereta konsep ini telah dipamerkan di Shanghai Auto Show.

Shanghai Auto Show
Kereta konsep

Artikel - 2012 Lamborghini Aventador LP700-4

Credits to: Yahoo Autos
Gambar ihsan: Yahoo Autos


Assalamualaikum...






Kereta Lamborghini Aventador LP700-4 ini adalah yang terbaru keluaran Lamborghini, untuk tahun 2012. Jentera ini dipamerkan di 81st Geneva International Motor Show in Geneva, Switzerland, pada 2 Mac 2011 yang lalu.

Pautan berkaitan:
2011 Geneva Auto Show
Lamborghini Aventador LP700-4
Lamborghini Ankonian

Artikel - Bergaya Dengan Kereta Mewah

Credits to: Family
Gambar ihsan: Family



Assalamualaikum...


Perkataan 'mewah' atau setidak-tidaknya 'kaya' akan sentiasa wujud dalam kehidupan seseorang yang memiliki wang atau harta yang banyak.


Bagi yang memiliki kekayaan dari sudut lain (budi bahasa, berpekerti mulia atau yang seumpamanya), bekerja dan memiliki kehidupan secara sederhana sudah memadai. Angan-angan menjadi kaya itu sentiasa ada dalam fikiran meskipun tidak menjadi agenda utama dalam kehidupan, sebagaimana insan dalam foto dalam entri ini :-)

Wednesday, May 25, 2011

Artikel - Allah Suruh Bertudung

Credits to: email
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum....



Beberapa kali membaca terjemahan ayat 59 dari surah al-Ahzab, tidak ada yang samar atau meragukan. Bunyinya begitu lunak dan berhikmah sekali, kerana perintah itu disandarkan atas Nabi SAW terlebih dahulu, walaupun sasarannya memang untuk orang beriman sekaliannya. Cukup kuat untuk dipegang sebagai hukum; perintah suruh, bukan galakan atau sekadar anjuran kerana ia tidak disertakan dengan perkiraan tolak-ansur – kalau rasa boleh buat, buatlah. Kalau rasa tidak boleh, tidak payah. Kalau takut diganggu, pakailah. Kalau rasa tidak diganggu, tidak payah pakai. Samalah dengan perintah puasa umpamanya –

“…mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa.” (Surah al-Baqarah: ayat 183)

Kalau tidak mendapat taqwa? Tidak perlulah berpuasa? Atau kalau sudah mendapat taqwa…tidak payah berpuasa lagi? Bukan begitu. Jadilah seorang Islam yang benar-benar boleh memberi manfaat kepada orang Islam yang lain. Suatu masa dahulu ada satu golongan manusia yang suka sangat dengan tabiat putar belit iaitu kaum Bani Israil. Banyak sungguh dalihnya. Sehinggakan perihal seekor lembu pun hendak dipersoaljawabkan (surah al-Baqarah). Akhirnya terpaksalah bersusah payah menjelajah dari desa ke pekan, dari pekan ke hutan untuk mencari lembu yang dimaksudkan. Padahal, jika mereka menerima perintah dengan taat dan lapang hati, semuanya akan menjadi mudah. Tetapi sikap yang berdolak-dalih dengan niat kononnya apabila mereka meminta keterangan lebih khusus berkenaan lembu yang ingin disembelih, pasti tidak ada lembu seperti dimaksudkan. Maka terlepaslah mereka daripada perintah itu. Namun, muslihat kaum Bani Israil itu tidak berhasil. Allah lebih tahu isi hati mereka. Lalu diberitahulah ciri-ciri lembu terpilih yang mesti mereka cari. Asalnya kerja yang mudah, bertukar menjadi payah lagi menyukarkan. Siapa yang rugi? Mereka dan keluarga mereka. Dalam surah al-Ahzab ayat 59, Allah SubhanAllah Wa Taala berpesan kepada Nabi SAW,

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri engkau, kepada anak-anak engkau yang perempuan dan kepada sekalian wanita dari kaum Muslimin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab atas diri mereka. Demikianlah supaya lebih mudah orang mengenal mereka, maka tidak disakiti (diganggu) orang akan mereka.” (Surah al-Ahzab: ayat 59)

Mengikut terjemahan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, perkataan ‘jalaabiibihinna’ diterjemah sebagai “…pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa keluar)…”. Tetapi jika merujuk kepada maknanya lebih khusus, berasal dari perkataan ‘jilbab’. Menurut Kamus Dewan,  jilbab bererti pakaian longgar termasuk kerudung ataupun tudung yang memenuhi keperluan menutup aurat wanita, selain muka dan tapak tangan. Ini membawa makna, memakai tudung bukan perintah sunat yang boleh dibuat dan boleh tidak. Dikira tidak sah solat seorang wanita yang tidak memakai tudung, biarpun dia mengenakan jubah yang labuh meleret ke tanah. Nabi SAW menegaskan,

“Allah tidak akan menerima solat wanita yang telah berusia baligh kecuali dengan memakai tutup kepala.” (Riwayat Abi Daud, Tarmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Sofiyah binti Harith dari Aisyah r.ha)



Di dalam kitab ‘Muhimmah pada ilmu hadis Nabi SAW karangan Syeikh Abdullah bin Abdur Rahim Fathani yang membicarakan tentang kewajipan serta tanggungjawab seorang isteri, ada menyatakan, “Dan jikalau derhakanya dengan sebab keluar rumah maka dipandang oleh lelaki yang lain akan rambutnya nescaya digunting rambut kepalanya di dalam api neraka. Demikianlah berbagai-bagai seksaan kerana berbagai-bagai derhakanya.” Pada baris berikutnya diselitkan secebis anekdot Nabi bercerita kepada Saiyidina Ali k.w. dan Saiyidatina Fatimah r.ha. tentang pengalaman Rasulullah SAW pada malam baginda dimikrajkan. Nabi SAW melihat wanita-wanita daripada kalangan umat baginda sedang diseksa dengan seksaan yang amat dahsyat. Ada yang digantung dengan lidahnya dengan dituangkan api neraka ke dalam mulutnya.  Ada yang digantung dengan rambutnya sehingga mendidih otak di kepala. Ada yang digantung dengan buah susunya dan disumbatkan buah zakum ke dalam mulutnya. Ada yang digantung dalam keadaan dia memakan daging dirinya sendiri, manakala di bawahnya pula dinyalakan api. Bermacam-macam lagi bentuk seksaan dipertontonkan kepada Nabi SAW. Satu daripada bentuk seksaan yang dipertontonkan ialah perempuan yang digantung rambutnya hingga mendidih otak di kepala. Dosa apakah gerangan yang diseksa sedemikian rupa? Dinyatakan dalam kitab yang sama, merujuk kepada jawapan Nabi SAW, “Adapun perempuan yang tergantung dengan rambutnya itu maka bahawa sesungguhnya ia tidak mahu menutup rambutnya daripada lelaki lain yang haram memandang dia.”

Jika ditakdirkan lahir usaha-usaha jahat cuba membatalkan peraturan yang telah Allah wartakan ini, ia menjadi ujian bagi mereka yang benar-benar percaya dan yakin. Dengan ujian sebegitu, mudah-mudahan keyakinan bertambah kuat. Sudah menjadi resam hidup, apabila ada cabaran akan bangkitlah semangat untuk membela dan mempertahankan. Andai kata, ada suara-suara sumbang mempersoalkan perintah ini, kita menerimanya secara positif dan hati terbuka. 

Keimanan dan keyakinan kita terhadap peraturan Allah sedang diuji dan dicabar. Kedengaran juga ada yang mengatakan bertudung adalah budaya Arab kuno. Islam turun di Tanah Arab. Kalaulah ditakdirkan Allah, Islam turun di Asia Tenggara atau turun di China atau turun di Eropah, persepsi terhadap tudung tentu lain pula. Suruhan ini diletakkan di bawah bab berpakaian, bab yang penting kerana pakaian boleh melambangkan agama. Umpamanya seorang lelaki yang membotakkan kepala dan mengenakan lilitan kain (pakaian) kuning seluruh tubuhnya pergi dari rumah ke rumah dengan membawa sebuah bekas meminta makanan. Apa pendapat kita terhadap lelaki itu? Beranikah kita mengatakan dia seorang Islam jika kita terserempak. Apakah reaksi spontan kita terhadap lelaki itu? Tidak kecil peranan pakaian dalam kehidupan. Ada yang mengatakan bertudung sudah menjadi trend banyak agama di dunia, lantaran orang Yahudi dan Kristian juga bertudung. Tetapi kita memakai tudung kerana mematuhi perintah Allah. Beroleh pahala juga rahmat-Nya jika dilakukan dengan hati yang ikhlas..........

Artikel - Kisah Defense of the Ancients (DotA)

Credits to: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


DotA merupakan “custom scenario” yang direka oleh gamer untuk game Warcraft III : Reign of Chaos. Ia bukannya official release oleh pengeluar, Blizzard Entertainment, sepertimana yang dianggap oleh kebanyakan orang. Ini menjadikan DotA sebagai “non-official game mod” paling popular di dunia.

Pencipta konsep asal DotA adalah seorang gamer yang menggunakan identiti sebagai Eul pada 2003, berasaskan map dalam permainan Starcraft : Aeon of Strife. Bagaimanapun, selepas Blizzard mengeluarkan expansion The Frozen Throne, Eul tidak mengemaskini konsep tersebut. Mapmaker lain kemudian menambahbaik konsep tersebut dari masa ke semasa.

Steve Feak, yang menggunakan nama “Guisoo“, mengeluarkan semula konsep DotA, dengan variasi nama DotA Allstar pada 2003. Steve berkata, dia tidak menjangkakan, permainan tersebut akan menjadi begitu popular. Steve mengeluarkan versi terbaru DotA Allstar dari masa ke semasa sehingga 2005 [versi terakhir 6.01] . Beliau kini bekerja dengan Riot Games sebagai Games Developer.

Pada tahun 2004, ketua clan DotA Allstar di battle.net , Steve “Pendragon” Mescon, membangunkan laman web rasmi DotA Allstar di dota-allstar.com.

Bermula tahun 2005, pembangunan DotA diserahkan kepada IceFrog. IceFrog adalah satu-satunya pembangun DotA yang enggan dikenali, menolak semua jenis temu-bual dan pendedahan media, menyebabkan identiti sebenar beliau menjadi misteri sehingga hari ini. Blognya menjadi satu-satunya tempat berkomunikasi dengan pemain-pemain lain.

Versi DotA ketika itu masih diteruskan oleh pembangun lain, menyebabkan lambakan versi yang terlalu banyak. IceFrog bagaimanapun mendapat lebih perhatian, dengan subscriber lebih 1,500,000 orang pada 2009. Ini menyebabkan IceFrog membuka laman web sendiri di playdota.com. Mescon kemudian menutup laman web dota-allstar.com akibat kesusutan pelawat.

Pada Oktober 2009, pengeluar game popular, Valve Corporation telah mengambil IceFrog untuk bekerja dengan mereka, untuk mengetuai projek terbaru mereka ; DotA 2. Permainan tersebut dijangka dikeluarkan pada penghujung 2011.

Tindakan Blizzard Entertainment untuk memberi peluang kepada pembangun untuk membangunkan sendiri aplikasi untuk permain keluaran mereka nampaknya memberi kesan positif. DotA adalah contoh terbaik, dimana Warcraft III kekal menjadi popular sehingga hari ini, walaupun dikeluarkan pada 2003, hampir 9 tahun lalu. Permainan World of Warcraft juga popular, salah satunya kerana pemain boleh menambah sendiri aplikasi/addon untuk permainan tersebut bagi keselesaan bermain. Selain itu, permainan Starcraft turut menawarkan konsep yang sama.


Sumber

Monday, May 23, 2011

Hiburan - The Listener

Credits to: Wikipedia
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


 
The Listener ialah sebuah drama bersiri mengisahkan paramedik Toby Logan yang memiliki kebolehan untuk membaca minda orang. 

Musim pertama (2009)

Toby Logan ialah seorang paramedik berusia 28 tahun yang tidak pernah mengenali siapakah bapanya dan dibesarkan di rumah anak yatim. Sehingga kini, Toby masih merahsiakan mengenai kebolehannya membaca minda daripada semua orang. Satu-satunya orang yang mengetahui mengenai kebolehannya setakat ini hanyalah kaunselornya, Dr Ray Mercer. Toby menaiki ambulans paramedik membuat rondaan sekitar bandar Toronto bersama rakannya Osman "Oz" Bey bagi membantu insan-insan yang menghadapi krisis di samping cuba berdepan dengan masa silamnya. Dengan bantuan Detektif Charlie Marks dan teman wanitanya Olivia Fawcett, juga seorang doktor di Unit Kecemasan, Toby menyedari kebolehan yang dimilikinya boleh digunakan untuk membantu insan yang memerlukan. 


Musim kedua (2011)

Setahun setengah selepas musim pertama. Toby akhirnya menyedari kebolehan membaca minda yang dimiliki dan masih bekerja sebagai paramedik bersama rakannya Osmen Bey. Selepas membantu dalam satu kes penyamaran yang disiasat oleh Integrated Investigative Bureau (unit khas dari Royal Canadian Mounted Police) Toby mendedahkan kebolehannya kepada Sgt. Michelle McCluskey. Sungguhpun agak skeptikal pada awalnya, Michelle menyedari bahawa kebolehan Toby boleh dijadikan sebagai satu senjata rahsia untuk pasukannya. Di samping kerja paramedik yang dijalankan, Toby turut menyertai Michelle dan ahli pasukan dari IIB untuk membantu menyelesaikan sebahagian daripada kes-kes yang paling sukar dan berprofil tinggi daripada kes homisid yang meragukan hinggalah yang berkaitan penjualan senjata. Namun begitu, ada harga yang perlu dibayar oleh Toby disebabkan kelebihannya turut memberikan kesan ke atas fizikal dan emosinya kerana menyelidiki dan memasuki minda sebahagian penjenayah paling gila di bandar itu dan Dr Olivia Fawcett menjadi orang yang bertanggungjawab membantu Toby dalam masalah yang dihadapinya. 


Kini disiarkan setiap Selasa jam 12.00 tengah malam di tv2.

Kesihatan - Khasiat Budu

Credits to: email
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit berbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea| cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain sep erti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) sep erti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sep iring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Animasi - Wolverine

Credits to: Youtube, Wikipedia, TV3
Gambar ihsan: Youtube


Assalamualaikum...


Marvel Anime ialah satu projek animasi keluaran Marvel Entertainment dengan kerjasama Madhouse. Terdiri daripada empat bahagian yang mengambil dan mengetengahkan empat karakter terkenal dan diperkenalkan kembali untuk tontonan peminat Jepun dalam siri yang terdiri daripada 12 bahagian. Siri ini (Wolverine) telah disiarkan di Jepun sekitar Oktober 2010 dan akan disiarkan ke seluruh dunia sepanjang 2011. Di Jepun, ia disiarkan menerusi saluran Animax dan di Amerika Syarikat pula menerusi saluran G4. 

Antara karakter yang terlibat dalam projek 4 bahagian ini ialah Wolverine, Iron Man, X-Men dan Blade. Pengumuman mengenai projek ini telah dibuat ketika San Diego Comic-Con. 2009. Menurut bekas Presiden Madhouse dan CEOnya, Jungo Maruta, pihak Marvel telah memberikan kebenaran kepada studio animasi berkenaan untuk 'membayangkan semula' karakter adiwira Marvel ini dalam satu jalan cerita baru khas untuk tonton peminatnya di Jepun. Sejauh mana perbezaannya untuk versi kali ini berbanding sumber asal adalah tidak diketahui. 

KLIK SINI untuk bacaan selanjutnya.


Plot

Logan mendapat tahu mengenai teman wanitanya, Mariko Yashida yang menghilangkan diri setahun yang lalu, telah dibawa ke Tokyo oleh ayahnya Shingen, ketua sebuah sindiket jenayah dan pembekal peralatan senjata kepada organisasi Advanced Idea Mechanics (AIM). 



Montaj Pembukaan (Opening)


Animasi lain:

Kini, siri Wolverine disiarkan setiap Ahad, 10.30 pagi di TV3. Selamat Menonton!

Sunday, May 22, 2011

Jalan-jalan Cari Makan - Pak Li Kopitiam

Credits to: Family
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum...



Lokasi premis ini terletak berdekatan seksyen 7, Shah Alam. Penulis dan keluarga sempat meluangkan masa bersama seorang kenalan yang kebetulan berada di Shah Alam untuk bersarapan di Pak Li Kopitiam yang dikatakannya pernah mendapat liputan TV3 untuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) suatu masa dahulu. Banyak kisah berkaitan isu semasa, politik dan perguruan turut diceritakan oleh kenalan ini sementara menunggu hidangan tiba di meja.


Suasana di kopitiam

Antara yang dipesan ialah French Toast beserta mentega dan manisan, French Fries, Tuna Sandwich serta mee sup. Kata kenalan ini lagi, mee sup di sini antara menu yang terbaik disajikan.

Ipoh White Coffee

Honey Lemon Tea

French Fries dan Tuna Sandwich

French Toast didatangkan bersama mentega dan manisan seperti madu (yang ini sudah 3/4 dimakan oleh penulis.. hehehe)


Sebahagian menu yang disajikan di sini.


Harga adalah sebagaimana dipaparkan di atas risalah yang disediakan.

Untuk memesan hidangan, anda cuma perlu tuliskan kod makanan dan minuman di atas resit yang disediakan di meja. Anda boleh lihat kod menu tersebut pada risalah seperti di atas (bucu atas sebelah kiri pada gambar menu). Jika anda teringin untuk mengetahui menu yang selebihnya, anda perlulah datang sendiri ke kopitiam ini. Selamat mencuba!


Nak balik dah...

Jalan-jalan Cari Makan - Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan

Credits to: Family
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum...


Pada 13.5.2011, jam 9.00 malam iaitu sesudah berakhirnya majlis Istiadat Konvokesyen UiTM Shah Alam, penulis sekeluarga berkesempatan menjamu selera di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang. Bolehlah kiranya jamuan kecil-kecilan ini sebagai sambutan sempena tamatnya pengajian seorang ahli keluarga penulis di UiTM Shah Alam.


Si kecil ini sudah pun lena sewaktu penulis dalam perjalanan lagi dan masih juga lena sewaktu tiba. Nyanyian lagu karaoke oleh tetamu tidak sedikitpun mengejutkannya :-)




Di sini, pelbagai pilihan lauk dari spesis ikan, ketam, udang dan sotong yang segar disediakan. Harganya masih berpatutan. Ini antara lauk pilihan kami:

Sayur campur

Ketam

Udang

Ikan jenahak


Seronok juga. Sekali-sekala mendapat peluang sebegini, hilang sebentar segala keletihan daripada majlis pada siang tadi.

Sehinggalah waktu pulang, si kecil masih lena. Barangkali kerana keletihan kerana turut serta di majlis konvokesyen ibu saudaranya pada siang tadi :-)