MY FOLLOWERS

Tuesday, June 18, 2013

Artikel - Pecah Langgar Batu

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.....


Sebelum ini tidak pernah berlaku lagi. 

Satu malam ketika pulang ke rumah, penulis melalui kawasan rumah saudara. Jalannya satu lorong, biasalah jalan kampung. Ketika membelok di satu selekoh, tidak sedar terlanggar sesuatu dan terdengar bunyi 'pomm!' seperti belon pecah dan ia amat kuat. Kemudian kereta terasa bergegar-gegar. Tanpa membuang masa, penulis berhenti di tepi jalan berdekatan untuk memeriksa keadaan kenderaan. 

Alangkah terkejutnya apabila tayar belakang sebelah pemandu pecah dan terkoyak! Rupa-rupanya tadi terlanggar tepi batu yang tersorok di bawah daun pokok tepi jalan. Kemudian, kerja-kerja menukar tayar ganti pun dilakukan. Tidak dapat ambil foto kerana suasana malam agak tidak mengizinkan.






Tidak susah kerana segala peralatan yang diperlukan sudah sedia ada bersama tayar ganti. Hanya selepas 3 hari, barulah ke kedai tayar untuk menggantikannya dengan sepasang tayar baru. Tayar ganti kemudian disimpan semula.

Sekadar Luahan - Ground Fighting: Jatuh dan Kesudahan Yang Buruk

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images
Video ihsan: Youtube

 

Assalamualaikum.....


Semester baru universiti bakal tiba tidak lama lagi. Kelas karate dan taijutsu masih berjalan seperti biasa. Rasanya lama tidak berlatih taijutsu selepas bertemu penuntut MMA di sini sebelum ini. Kelas karate di sebuah sekolah menengah di sini berjalan seperti biasa walaupun ketika cuti sekolah selama dua minggu. Itu atas permintaan pelajarnya sendiri, kami tiada masalah untuk turutkan sahaja. Cuma adakalanya tidak dapat melanjutkan latihan dengan taijutsu sebab perlu uruskan bermacam perkara melibatkan keluarga. Biasalah, nama pun cuti sekolah. Kenduri kahwin, majlis dan bermacam lagi. Semalam hadir melatih karate pelajar salah sebuah sekolah menengah di sini. Alhamdulillah, disangkakan sedikit tetapi ramai pula yang datang.

Selesai latihan karate, kami teruskan dengan topik berlawan di jalanan (street fight) dan berlawan atas tanah (ground fighting). Berlawan di jalanan secara full contact, bukan lagi seperti kumite (free sparring dalam karate). Dalam karate, dua jenis tumbukan biasa digunakan dalam kumite iaitu kizami dan gyaku zuki. Kaedah tumbukan yang sama juga digunakan dalam teknik serangan MMA iaitu jab (kizami zuki) dan cross (gyaku zuki), dan ditambah dengan tendangan tendangan pada lutut jika dari sebelah luar atau peha jika dari sebelah dalam.

Anda boleh cari sendiri di Youtube untuk video teknik asas MMA. (SUMBER)



Lagi teknik asas lontaran hip throw yang dipelajari dalam kelas juga boleh rujuk DI SINI dan dengan sedikit extension dipanggil harai goshi DI SINI



Selain itu, sambil mencuba berlawan secara di jalanan ini (Langsung tak mahir! Huhh!), kami juga cuba mempraktikkan teknik  taijutsu. Rata-ratanya suka guna teknik temakura (arm bar dalam MMA) tetapi sambil itu, kami cuba fikir bagaimana untuk lepaskan diri daripada teknik kuncian. Teknik ini memang menjadi antara teknik kegemaran ramai ahli MMA kerana ia tidak memberikan kelebihan kepada pihak lawan (most disadvantages) dan sentiasa berkesudahan dengan tap out. Perlu ingat, dalam setiap situasi atau kebanyakan situasi sebenarnya ada jalan keluar (always have a way out). Daripada nasihat inilah kami perlu fikir sendiri bagaimana caranya. Jika dalam gelanggang atau di kelas, ada peraturan/had tetapi jika di luar adalah sebaliknya. Jadi, apa sahaja teknik boleh digunakan. Sebagai contoh, menyerang lawan pada mana-mana vital points, tarik rambut atau menggigit lawan.

Teknik kuncian temakura ini banyak caranya. Yang dilihat dalam MMA itu cuma satu. Rujuk SINI Bagaimana pula untuk lakukannya secara reversal? Atau pada kaki? Banyak cara lagi untuk lepaskan diri. Untuk teruskan hidup, tidak kiralah teknik bersih atau kotor, semuanya boleh digunakan ketika di luar. Kalau ada apa-apa objek berdekatan, itu boleh dijadikan senjata walaupun ia adalah chopstick, pemetik api atau sekecil jarum atau pencungkil gigi. 
 
 

Ground fighting. Lagi teruk. Posisi yang langsung tidak beri kelebihan kecuali kepada pihak lawan apabila dapat duduk di atas perut mangsa dan menghabiskannya. Habislahh (T___T)' Kalau tidak dapat melepaskan diri, maka tamatlah riwayat kesan degil :-(

Saya bukanlah dari kategori fast learner. Mungkin selepas beberapa sesi atau lebih lama baru sedar apa yang saya boleh buat jika berdepan keadaan yang sama di masa akan datang.








Artikel - Bagaimana Membuat Cip Kentang?

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Yahoo Shine


Assalamualaikum............












KLIK SINI untuk baca kaedah membuatnya.

Berita - Keifer Sutherland Sebagai Solid Snake dalam Metal Gear Solid V: The Phantom Pain.

Kredit kepada: Yahoo Games
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.......


Jack Bauer kini mendapat tugas baru.

Konami, dalam satu sidang akhbarnya sebelum ini mengejutkan para peminat permainan video apabila menyatakan akan menggunakan khidmat Kiefer Sutherland (siri tv 24) bagi watak Solid Snake dalam Metal Gear Solid V: The Phantom Pain.

Sutherland, bukanlah daripada kalangan pemain permainan ini tetapi sudah biasa mendengar mengenainya, datang ke produksi permainan ini atas cadangan penerbit Hollywood iaitu Ari Avad, yang juga sahabat kepada pencipta permainan ini, Hideo Kojima.

"Satu penghormatan apabila diberikan peluang memainkan watak ini. Ia merupakan satu watak legasi. Terdapat kualiti peribadi kepada watak ini yang menghubungkan saya dengannya," kata Sutherland.

Sutherland sedar ini adalah kali pertama dia memberikan kerjasama bagi watak permainan video. Selain sebagai pelakon suara, dia juga akan melakukan kerja facial capture bagi watak ini. Lakonannya muncul kali pertama sebelum ini sekitar Disember lalu apabila dia menjadi pelakon suara kepada watak kecil dalam trailer 'The Phantom Pain' sewaktu Spike's VGA.

"Ini merupakan pengalaman mengkagumkan dan saya harap pemain seronok memainkannya sebagaimana saya seronok membuatnya," kata Sutherland.

Sutherland menggantikan pelakon suara sebelum ini, David Hayter, yang telah memberikan suaranya bagi watak Snake sejak 1998, satu langkah yang mengecewakan sebahagian peminatnya.

Siri The Metal Gear merupakan permainan video terbitan Konami, dengan 30 juta salinan dijual sejak mula diterbitkan pada 1987.



KLIK SINI untuk selanjutnya.

Friday, June 14, 2013

Seni & Kreativiti - Foto-foto Pelik dan Gila

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.............



























KLIK SINI untuk lebih banyak foto gila dan tak masuk akal.

Petua - Pilihan Petua Merawat Resdung II

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....


Hachhuum..!!

Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut. Seterusnya picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat. Lakukannya untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali. Seterusnya, basuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya.